Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:
1 Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan
Ini adalah kerana mereka menyakiti hati jiran tetangga.
2 Mereka yang menyerupai babi
Ini adalah balasan bagi mereka yang melengah-lengahkan waktu solat.
3 Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi ular dan
kala jengking
Ini adalah balasan kepada mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4 Mereka yang mengeluarkan darah dari mulutnya
Inilah balasan mereka yang berdusta.
5 Mereka yang berbau busuk seluruh badan
Ini adalah mereka yang mengaut keuntungan dalam berjual beli atas
penipuan
6 Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahunya
Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7 Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dari
mulut.
Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8 Mereka yang keluar dengan keadaan terbalik iaitu kepalanya ke
bawah dan kakinya ke atas
Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9 Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api
Ini adalah balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10 Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang
menjijikkan
Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibubapanya.
11 Mereka yang buta mata dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya terjuntai hingga ke perut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran
Ini adalah balasan mereka yang minum minuman keras.
Dipetik dari Kunci Buka Pintu Syurga Susunan Khairul Ghazali
m/s 166-167
Buku ini menarik untuk dibaca sebagi satu pedoman hati......
No comments:
Post a Comment